BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Berdasarkan Bab 1 iaitu Sosiologi dan Pembelajaran, saya dapat
mengetahui pelbagai input baharu mengenai tajuk tersebut. Misalnya, Sosiologi dikenali
sebagai kajian tentang masyarakat manusia dan interaksi sosial (Tischler,
2011). Sosiologi pendidikan pula membawa maksud memberi tumpuan kepada
faktor-faktor sosial yang menyebabkan dan disebabkan oleh pendidikan. Ini
termasuk kajian faktor-faktor yang berkaitan dengan pendidikan seperti jantina,
kelas sosial, bangsa, etnik dan kediaman luar bandar (Saha, 2015). Dalam sosiologi
juga mempunyai perspektif tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
Ia terbahagi kepada iaitu mikro dan makro. Mikro bersifat kecil dan individu, manakala
makro bersifat besar berorganisasi dan kompleks. Selain itu, antara tokoh sosiologi
yang terkenal ialah Ibn Khaldun yang menyatakan sosiologi merupakan bidang
sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan
peradaban manusia. Terdapat beberapa teori sosiologi dalam mengetahui sosiologi
pembelajaran iaitu Teori Fungsionalisme, Teori Konflik dan Teori
Interaksionisme Simbolik. Dalam Teori Fungsionalisme, ia menerangkan tentang
perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada
pengekalan masyarakat. Masyarakat diibaratkan seperti tubuh manusia yang
mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Hal ini boleh dihuraikan
sebagai sesuatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.
Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat. Teori
yang kedua adalah Teori Konflik. Ia dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883). Teori
ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat. Ia mengkritik
golongaan kapitalisme yang memiliki kuasa untuk mencipta peraturan khususnya
untuk melindungi kepentingan diri. Teori tersebut juga menimbulkan persoalan
sama ada sktruktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan
agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya. Teori ketiga ialah
Teori Interaksionisme Simbolik. Ia dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931).
Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut
kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Antara asas penting dalam teori
Interaksionisme Simbolik ialah mengkaji makna simbolik dan makna yang tersirat
secara subjektif. Dalam erti kata lain, teori ini menjelaskan apa yang berlaku
di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. Kesimpulannya,
bidang sosiologi pendidikan ini amat penting untuk diketahui dalam kalangan warga pendidik khususnya.
Rujukan
Aimi Kharunnisa Abdul Karim dan Nurliana Suhaimi, Kepentingan Teori dan Ilmu Sosiologi dalam Konteks Pendidikan Menurut Perspektif Ibnu Khaldun, Jurnal Tuah, Vol.1 2020.
https://kuim.edu.my/journal/index.php/JTuah/article/view/687
Amri Marzali, Struktural Fungsionalisme, Jurnal Antropologi, No.52
http://journal.ui.ac.id/index.php/jai/article/viewFile/3314/2601
Sosiologi dan Pembelajaran, Nota KPS3014-Pengurusan Pembelajaran.
Ulasan
Catat Ulasan