BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Berdasarkan hasil pembelajaran bab 10 iaitu Pengurusan Penasihatan Murid,
saya telah mempelajari banyak pengetahuan mengenai cara menasihati murid-murid.
Antaranya ialah maksud penasihatan. Nasihat membawa maksud sesuatu pengajaran,
bimbingan atau cadangan tindakan yang baik bertujuan membantu seseorang agar
individu berkenaan dapat menyelesaikan masalah ataupun memperbaiki dirinya. Penasihatan
pula adalah proses menyampaikan nasihat atau petunjuk atau ajaran yang baik. Dalam konteks penasihatan murid, ia terbahagi
kepada empat bahagian iaitu bimbingan, penasihatan, mentoring dan proses
bimbingan penasihatan. Mentoring merupakan proses memberi bimbingan, sokongan
dan bantuan secara profesional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan
diri individu. Proses ini melibatkan mentor dan mentee. Selain itu, terdapat
juga pendedahan mengenai kemahiran asas dalam penasihatan murid iaitu kemahiran
melayan dan mendengar. Dalam hal ini, kaunselor haruslah memberi perhatian
sepenuhnya. Kemahiran mendengar dapat memahami dengan tepat sesuatu mesej. Dalam
kemahiran komunikasi, terdapat komunikasi berkesan iaitu menggunakan bahasa
yang mudah difahami. Hal ini kerana, sekiranya tidak menggunakan bahasa
tersebut, ia akan menyebabkan ketidaksefahaman antara kaunselor dengan pelajar.
Di samping itu, saya juga dapat mengetahui teknik dan strategi dalam bimbingan
dan penasihatan. Hal ini demikian kerana, teknik dan strategi yang sesuai
sangat penting dalam menangani permasalahan pelajar. Antara teknik yang digunakan
ialah teknik pendekatan afektif iaitu merupakan teknik berbual kosong. Kedua
ialah teknik berasaskan pendekatan behavioral seperti kaedah modelling, latihan
berenang dan rekod tingkahlaku. Ketiga ialah teknik berasaskan pendekatan
kognitif iaitu mempertikai pemikiran tidak rasional. Teknik-teknik yang
dinyatakan memberikan kebaikan misalnya mewujudkan suasana teraputik. Terdapat
etika dalam bimbingan dan penasihatan iaitu bertanggungjawab, menghormati murid
dan menjaga kerahsiaan murid. Jadi, kaunselor haruslah mempunyai etika-etika
tersebut dalam menjalankan sesi bimbingan dan penasihatan. Dalam masa yang
sama, teknik mentor dan mentee haruslah dikekalkan pelaksanaanya di sekolah
kerana memberi kebaikan kepada guru dan pelajar. Kesimpulannya, setiap guru hendaklah
mempunyai kemahiran dalam pengurusan penasihatan murid dan bukan hanya tertumpu
kepada pihak kaunselor sahaja.
Rujukan
Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak, (19 Mac, 2019) Bimbingan,
Kaunseling Mampu Bantu Bentuk Peribadi Pelajar Menjadi Lebih Holistik. Berita
Harian.
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20190319/282574494407544
Tiwi Kamidin,
Pendekatan Sistem Mentor dalam Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah, Jurnal
Penyelidikan MPBL, Jil 5, 2004.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf
Maznah Baba dan Zainol Madon, (2006), Kaunseling Individu, Serdang: PTS
Ulasan
Catat Ulasan