BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Berdasarkan hasil pembelajaran Bab 11 iaitu Pengurusan Pelbagai
Budaya, saya lebih mengetahui tentang pengurusan pelbagai budaya di sekolah.
Sebelum mengetahui lebih lanjut, kita haruslah mengetahui definisinya. Menurut Taylor (1871), budaya adalah keseluruhan
yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperloehi oleh
seseorang sebagai ahli masyarakat. Dalam
konteks pendidikan pelbagai budaya ini, ia mempunyai definisi tersendiri.
Pendidikan pelbagai budaya ialah proses
atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih dari satu budaya yang ditunjukkan
melalui bahasa, etnik atau ciri-ciri ras. (Saha, 1997). Bab ini turut
menjelaskan mengenai dimensi pendidikan pelbagai budaya. Antaranya ialah
kandungan integrasi, proses pembinaan pengetahuan, pedagogi ekuiti, pengurangan
prejudis dan Budaya dan Struktur Sosial sekolah yang kukuh. Di samping itu,
terdapat pendekatan pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya dimana guru menolong
pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah
kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang tidak sensitif dan
sesuai dengan latar belakang pelajar. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya
juga adalah berpusatkan kepada pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah
kuliah. Seterusnya, terdapat pendedahan mengenai dasar pendidikan pelbagai
budaya di Malaysia. Ia bermula dari Laporan Barnes (1951), kemudian kepada
Laporan Fenn-Wu (1951) dan Ordinan Pendidikan (1952). Dalam Laporan Barnes (1951),
kerajaan telah menetapkan bahawa dasar pendidikan hendaklah membentuk satu rupa
bangsa yang berasaskan pelbagai kaum. Laporan Fenn Wu pula ialah dasar
pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya.
Menjelang 1961, Akta Pendidikan 1961 telah diperkenalkan dan kerajaan telah
menetapkan bahawa sistem pendidikan menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik
sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya. Dalam
konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru
akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Akhir
sekali berkaitan pengurusan bilik darjah mesra budaya. Ia merangkumi elemen persekitaran
fizikal, pembelajaran & pemudahcaraan, hubungan guru-murid, rutin dan disiplin,
serta bimbingan dan kaunseling. Jelas bahawa setiap warga pendidik haruslah menepati
elemen tersebut supaya mereka dapat menghasilkan iklim bilik darjah yang mesra
budaya di sekolah.
Rujukan
Muhammad Soulhiey Zeckry. (2020). Apa itu Budaya, Diakeses pada Mac
30, 2020, daripada
http://zeckry.net/2020/03/30/apa-itu-budaya/
Hafzan Omar, Zokepeli Haron dan Khairol Anuar Kamri, Sensitiviti
Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Pelbagai Etnik.
file:///D:/System/Downloads/2768-7300-1-SM.pdf
Yong Hie et.al,
Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di
Sekolah, Akademika, Vol 88, 2018.
Ulasan
Catat Ulasan