BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Berdasarkan hasil pembelajaran Bab 12 iaitu Pengurusan Murid
Pelbagai Upaya, terdapat banyak perkara yang saya pelajari. Dalam pengurusan
murid pelbagai upaya ini, terdapat konsep pemulihan. Ia merupakan satu program
pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam kemahiran 3M asas membaca,
menulis dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Dalam
masa yang sama, murid pemulihan merupakan murid yang menghadapi kesukaran dalam
penguasaan kemahiran asas ini disebabkan oleh fakotr persekitaran dan bukan
kognitif. Ciri-ciri kanak pemulihan ialah rendah diri, pasif, menganggu rakan,
kerap tidak hadir sekolah, lemah pemahaman, malas dan cepat bosan.Oleh itu,
guru harus bertindak dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berlainan mengikut personaliti murid. Selain itu, terdapat konsep
pengayaan dimana ia melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi
sederhana dalam penguasaan kemahiran. Dalam bab ini juga mendedahkan dua jenis
penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak. Penggayaan
mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu
kumpulan manakala menegak pula adalah aktiviti berdasarkan minat dan bakat murid
dalam kumpulan cerdas sahaja. Seterusnya, terdapat konsep Pintar Cerdas. Menurut
Ross (1993), pelajar pintar didefinisikan sebagai pelajar yang dikenalpasti
semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan
prestasi bakat yang cemerlang. Konsep ini juga mempunyai ciri-ciri seperti perbendaharaan
kata yang lebih luas, keistimewaan dalam matematik. Pendidikan Pintar cergas
juga merangkumi kurikulum akademik yang telah diubahsaui. Di samping itu,
terdapat pendedahan mengenai Autisme. Menurut American Psyhiatric Association (1994), Autisme adalah sesuatu kecelaruan perkembangan yang membawa impak yang teruk terhadap
kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang-orang di
sekelilinya. Ciri-ciri autisme ialah sukar berkomunikasi, mengelak untuk
bertentang mata, emosi tidak seimbang dan sebagainya. Pendidikan bagi golongan Autisme
ialah pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK).
Seterusnya ialah pendedahan mengenai Disleksia. Disleksia ialah kesukaran atau
ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun
telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Ciri-ciri
Diskleksia ialah Disparaxia iaitu masalah koordinasi motor, mata-tangan. Kedua
ialah Diskakulia merujuk kepada masalah matematik dan Disgrafia merujuk kepada bahasa.
Antara pendekatan pendidikan ialah pendekatan multi sensori yang mana
menggabungkan beberapa deria seperti deria sentuhan, penglihatan dan sebagainya.
Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap
pelajar disleksia.Akhir sekali ialah berkaitan Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diasaskan oleh Dr Horward Garner pada tahun 1983. Ia memperkenalkan sembilan
jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Antaranya ialah kecerdasan
logic, kecerdasan verbal. Kecerdasan muzik, kecerdasan kinestetik badan,
kecerdarsan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdaan ruang visual,
kecerdasan naturalis dan kecerdasan Eksistensialisis. Kesimpulannya, pelajar-pelajar
pelbagai upaya ini memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja
kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai
untuk mereka mencapai, Oleh sebab itu, guru-guru haruslah mempunyai kesediaan dan
kemahiran dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang pelbagai upaya demi
melahirkan generasi yang cemerlang.
Rujukan
Hasnah Toran, Mohd Hanafi Yasin, Mohd Mokhtar Tahar & Noraini
Salleh, Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas
tentang Autisme. Jurnal Pendidikan Malaysia, Vol. 35. No 1, 2010.
Noor Aini Ahmad, Pengurusan Program Pendidikan Inklusif bagi Murid
Bermasalah Pembelajaran: Kajian Secara Naratif Inkuiri, Management Research
Journal, Vol.3 (2014).
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/download/1477/1064/
Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd Nor, Simptom Dileksia
Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan , Vol. 30, 2005.
Ulasan
Catat Ulasan