BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

 

Berdasarkan Bab 2 yang bertajuk Interaksi dan Pembelajaran ini, saya dapat memahami interaksi merupakan tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain yang melibatkan dua pihak atau lebih. Dalam bab ini juga menerangkan mengenai jenis-jenis interaksi iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi kumpulan. Interaksi dua hala pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu interaksi guru dengan murid dan interaksi murid dengan murid. Bagi interaksi sehala pula, ia merupakan kaedah mengajar cara lama dan pasif yang mana pelajar haruslah menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan guru sama ada secara arahan atau penerangan. Pada masa kini, konsep interaksi kumpulan telah diterapkan di semua sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan dalam menjayakan konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Melalui cara ini, ia akan meningkatkan sifat kerjasama antara murid dan kumpulan dalam melaksanakan sesuatu tugas. Seterusnya, terdapat bentuk-bentuk komunikasi. Antaranya ialah komunikasi lisan, komunikasi tanpa lisan, komunikasi persuratan dan komunikasi visual. Menurut Roselan (2003), interaksi lisan merujuk kepada proses pertukaran ujaran menggunakan bahasa lisan yang berlaku antara guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Antara kebaikannya adalah dapat meningkatkan mutu pemikiran murid dan membina pengetahuan asas murid. Seterusnya adalah berkaitan jenis komunikasi yang merangkumi komunikasi intrapedibadi, komunikasi antara peribadi komunikasi kumpulan dan komunikasi keorganisasian. Dalam bab ini juga dijelaskan mengenai elemen proses komunikasi iaitu penghantar, mesej, saluran, penerima, dekod, maklum balas dan gangguan. Akhir sekali ialah kemahiran komunikasi berkesan iaitu kemahiran tingkah laku, kemahiran menimbulkan minat orang, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar dan kemahiran pemerhatian. Jelas bahawa dalam bab 2 ini, saya telah mempelajari ilmu berkaitan interaksi dalam konteks pendidikan.

Rujukan

Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shaharim dan Asmayati Yahaya, Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar dan Keselesaan Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Biologi, Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, Vol. 6, No. 1, 2016.

file:///D:/System/Downloads/2162-Article%20Text-4552-1-10-20190706.pdf

Mohd Isa Hamzah, Komunikasi Interpersonal Guru dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan: Peranan dan Cabaran, Jurnal Pendidikan, Bil 1(2) 2020.

http://conference.kuis.edu.my/pasak5/images/eprosidingpasak2020/038_ID136_Komunikasi_Interpersonal_Guru_.pdf

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH