BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

 


Berdasarkan Bab 3 iaitu Kajian Pengurusan dan Pembelajaran, saya dapat mengetahui pelbagai input baharu mengenai tajuk tersebut. Definisi Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984). Perspektif pengurusan pula terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah dan sekolah. Dalam konteks pengurusan bilik darjah, ia melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif dan meningkatkan motivasi kendiri murid. (Burden, 2003). Domain pengurusan bilik darjah ialah memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah. Terdapat beberapa strategi pengurusan pembelajaran. Strategi pengurusan pembelajaran yang pertama adalah berpusatkan pelajar. Dalam hal ini, pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Murid juga digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil atau kelas. Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan kecil. Selain itu, berpusatkan bahan juga merupakan strategi pengurusan pembelajaran. Misalnya guru akan menggunakan baha seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian perancangan. Strategi yang ketiga ialah berpusatkan guru. Ia dapat dijelaskan menerusi peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimana guru menguasai proses PdP. Selain itu, guru juga mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar seperti kuliah, penghafalan dan menyalin nota. Prinsip pengajaran pula melibatkan tiga komponen iaitu set induksi, penyampaian dan penutup. Set indukasi adalah aktiviti ringkas bagi menarik minat pelajar. Penyampaian pula adalah langkah demi langkah aktiviti pembelajaran, bersesuaian dengan aras pencapaian, masa dan bahan. Penutup merujuk kepada penilai dan rumusan kepada sesuatu pelajaran yang diajar. Bab ini turut menyentuh mengenai pengurusan sekolah. Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Matlamat pengurusan sekolah berkait dengan pendidikan. Jenis pengurusan sekolah pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu sumber, bilik pembelajaran, penasihatan, multibudaya, multiupaya, sekolah dan masyakarat, pengurusan kokurikulum dan tangkah laku. Kesimpulannya, setiap guru haruslah mempunyai kemahiran yang mendalam untuk menguruskan pelbagai pengurusan termasuk pengurusan pembelajaran di dalam kelas.

Rujukan

Alizah Lambri dan Zamri Mahamood, Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, Vol 4, No. 33 (2019).

http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-33-12-07.pdf

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH