BAB 4: PENGURUSAN KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Berdasarkan Bab 4 iaitu Organisasi dan Kepimpinan ini, saya dapat memahami banyak pengetahuan mengenai pengurusan organisasi dan kepimpinan. Misalnya saya dapat mengetahui maksud kempinanan iaitu proses mempengaruhi kegiatan kumpulan kearah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancangkan. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003). Selain itu, bab ini merangkumi gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru. Kementerian telah menggunakan kaedah pengurusan topdown yang bermula dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga ke peringkat pengetua di sekolah. Selain itu, pengetua merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan sesebuah sekolah tersebut dan juga menerangkan mengenai peranan setiap guru dalam pelbagai bidang. Menerusi bab ini juga, terdapat pendedahan mengenai organisasi sekolah iaitu pengetua adalah sebagai ketua pentadbir di bantu oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPKHEM) dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPKK). Kesemua guru yang menyandang jawatan tersebut akan membantu guru besar atau pengetua dalam urusan pentadbiran sekolah mengikut tugas masing-masing. Dalam masa yang sama, setiap sekolah juga mempunyai guru-guru panitia yang bertanggungjawab dalam matapelajaran masing-masing diikuti kaunselor yang berperanan dalam menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Seterusnya adalah berkaitan jenis gaya kepimpinan. Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu Gaya Autokratik, Gaya Demokratik, Gaya Laissez-Faire dan Gaya Kontingensi. Tambahan pula terdapat empat model kemimpinan iaitu kepimpinan Transaksional, Kepimpinan Transformasi, Kepimpinan Instruksional dan Kepimpinan Distributif. Kebiasannya, guru besar atau pengetua akan mengaplikasikan gaya kepimpinan demokratik di sekolah kerana ia bersifat adil dan mengambil pandangan dari semua pihak. Jadi, pentadbiran sekolah akan mudah diuruskan dan disenangi oleh warga sekolah. Kesimpulannya, keberkesanan dan kemajuan pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan kepada organisasi di peringkat kementerian yang berusaha merancang pendidikan terbaik kepada masyarakat demi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Rujukan

Chen L.M dan Jamalullail Abdul Wahab, Amalan Kepimpinan Autokratik Pengetua dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah, Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 2, No. 1 (2021).

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12551

Norita Hamzah, Mohd Tamri Abd Halim dan Malek Baseri. (2020). Gaya Kepimpinan Pemimpin Sekolah dalam Pengurusan dan Penyelesaian Masalah Program Pendidikan Khas dalam Wacana Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. (pp. 38-58). Nilai: Institut Aminuddin Baki. https://iab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Final-Buku%20Wacana%20Pengurusan%20dan%20Kepimpinan%20Pendidikan%2015Jan2021.pdf

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH