BAB 5: PENGURUSAN MURID
Berdasarkan Bab 5 iaitu Pengurusan Murid, banyak yang saya telah
pelajari. Antaranya ialah mengenai pengurusan murid di sekolah dimana ia
melibatkan beberapa elemen iaitu Hal Ehwal Murid dan elemen pembelajaran.
Seterusnya hal ehwal murid terbahagi kepada rekod murid. Manakala, elemen
pembelajaran terbahagi kepada kesediaan belajar dan motivasi. Dalam Pengurusan rekod
murid, terdapat kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R dan Kad Rekod
Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M. Kad ini hendaklah digunakan untuk
setiap murid sehingga tamat persekolahan. Ia juga perlu dikemaskini dari semasa
ke semasa oleh guru kelas. Kandungan kad 001 ini merangkumi rekod peribadi,
keputusan peperiksaan, bantuan persekolahan, minat dan rekod kesihatan. Namun, pada masa kini, kad tersebut tidak digunakan lagi dan digantikan dengan sistem dalam talian. Oleh itu, semua sekolah telah mempunyai sistem pengurusan data yang sistematik dalam
menguruskan murid di sekolah seperti Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan
diperbaharui kepada sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Seterusnya, para guru haruslah tahu mengenai
keperluan murid dimana setiap murid adalah berbeza seperti perkembangan mental,
sikap dan minat, kadar pertumbuhan fizikal, status ekonomi, jantina dan
perbezaan dalam diri individu. Dalam aspek kesediaan belajar, keadaan diri
murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Ia
merangkumi kesediaan Kognitif, Afektif dan Psikomotor. Kognitif berkait rapat
dengan mental untuk memahami dan juga berfikir dan afektif pula adalah sikap,
keinginan, ketekunan dan minat untuk menerima pelajaran yang disampaikan.
Manakal, psikomotor ialah perkembangan fizikal merangkumi fungsi anggota dan
pengawalan dalam seluruh tubuh badan. Bab ini juga menjelaskan mengenai konsep
motivasi dimana ia meruapakan tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri.
Motivasi Intrinsik ialah dorongan dalam dan minat yang terdapat pada diri
seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. Motivasi
Ekstrinsik pula ialah rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk
melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah. Akhir sekali adalah berkaitan
cara guru meningkatkan motivasi murid dalam PdP. Antaranya ialah guru memahami
objektif pembelajaran. Murid juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam
proses pembelajaran dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya. Jelas
bahawa bab ini memberi pemahaman yang jelas berkenaan pengurusan murid.
Rujukan
Abdul Said Ambotang & Norin Farizah Mohd Nuin. (2017). Minda Pendidik: Implikasi Reformasi dalam Pengurusan Data Murid di Sekolah. Utusan Borneo.
http://eprints.ums.edu.my/17123/implikasireformasidalampengurusandata_murid_di_sek
olah.pdf
M.Kaviza, Motivasi Intrinsik dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat
yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah. International Journal of Education
Pschology and Counseling, Vol 4, No 3. 2019.
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-31-06-18.pdf
Norin Farizah Mohd Nuin. (2013). Pelaksanaan Sistem Maklumat Murid
dan Aplikasi Pangkalan Data Murid dalam Pengurusan Data Murid. Universiti
Malaysia Sabah.
http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10734/
Ulasan
Catat Ulasan