BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Hasil pembelajaran mengenai bab 6 iaitu pengurusan bilik darjah
ialah saya dapat mengetahui aspek dalam mengurus bilik darjah. Bilik Darjah
dapat didefinisikan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri
yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut. (Doyles,
1986). Konsep pengurusan bilik darjah pula sentiasa dikatikan dengan
usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan
berlesan di sekolah. Menurut Borphy (1999), pengurusan bilik darjah sebagai
proses membentuk dan mengekalkan persekitaran pembelajaran yang dapat meningkatkan
pencapaian murid. Selain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
seharusnya merangkumi elemen-elemen dengan pembahagian masa iaitu 15% mengelola
kelas, 50% penyampaian ilmu dan 35% mengawas dan menyelia kerja murid. Dalam
bab ini juga menjelaskan mengenai pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Misalnya, guru haruslah meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P.
Hal ini bagi mewujudkan satu penyampaian ilmu yang berkesan. Para pelajar juga
mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain. Pengurusan Persekitaran Fizikal
Bilik Darjah terbahagi kepada ciri keselamatan, identiti simbolik, perkembangan
dan ketenangan. Terdapat juga Pengurusan Psikososial dalam Bilik Darjah. Ia
merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.
Antara faktor yang mempengaruhi psikososial bilik darjah ialah pendekatan
pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan interaksi dalam bilik
darjah. Aktiviti pengajaran berkumpulan akan membina softskill dalam diri
pelajar. Seterusnya ialah berkenaan pengurusan sumber. Tujuan adalah untuk
mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar,
menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar. Contohnya buku, rak buku, laci
dan kabinet. Dalam bab ini juga saya dapat memahami mengenai pengurusan
pembelajaran diamana ianya berpusatkan guru, bahan dan pelajar dimana ianya
menumpukan aspek kandungan, pengajaran, alat instuksional dan pentaksiran.
Kesimpulannya, aspek pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang penting bagi
memastikan suasana pembelajaran itu dapat menarik minat para pelajar supaya memberi sepenuh perhatian di dalam kelas.
Rujukan
James Ang Jit En, (2014). Pengurusan Bilik Darjah Strategi-Strategi
Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Berkesan. Batu Caves: PTS AKADEMIA.
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (2019). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia
https://unitldp.ipsah.edu.my/images/files/PBD_Edisi_2.pdf
Nota Kuliah Bab 6: Pengurusan Bilik Darjah, KPS3014 Pengurusan
Pembelajaran, file:///D:/System/Downloads/Bab%206%20Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf
Ulasan
Catat Ulasan