BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
Hasil pembelajaran dalam Bab 7 iaitu Pengurusan Sumber ialah saya
dapat mengetahui konsep pembelajaran berasaskan sumber. Sumber pelajaran merujuk
kepada bahan atau alatan untuk meningkatkan pemahaman dan pencapaian murid
dalam sesuatu pengajaran. Dalam sesi PdP, guru perlu memastikan apa yang diajar
dapat difahami dan dikuasai oleh pelajar. Maka, guru memerlukan penggunaan
sumber yang bersesuaian agar pemahaman dapat ditingkatkan. Selain itu, terdapat
tiga gaya pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik. Gaya Visual
merujuk kepada kecenderungan belajar seseorang yang banyak menggunakan deria
mata mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Gaya Auditori pula ialah kecenderungan
belajar seseorang yang berasa selesa belajar atau menerima maklumat secara
mendengar syarahan, perbincangan dan juga diberi peluang untuk bercakap. Ketiga
ialah Gaya Kinestetik. Gaya ini mempelihatkan kecenderungan belajar seseorang
yang menggemari aktiviti pembelajaran berbentuk amali yang menggunakan pergerakan
tubuh badan untuk memahami apa yang dipelajari secara teori. Objektif
pengurusan sumber pula ialah mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang
mencabar. Dalam masa yang sama, sumber pembelajaran boleh diklasifikasikan
kepada empat jenis iaitu sumber asas seperti papan tulis, buku teks dan buku
kerja. Sumber kedua ialah sumber bukan elektronik seperti objek, model, peta,
graf dan sebagainya. Sumber yang ketiga pula ialah sumber elektronik yang
merangkumi radio, televisyen, perakam pita, video, peranti mudah-alih dan sebagainya.
Sumber yang keempat ialah pengalaman. Sebagai contoh, lakonan, pentomin,
lawatan, projek dan sebagainya. Saya juga dapat mengenalpasti kriteria memilih
sumber pembelajaran. Antaranya kriteria tersebut ialah tujuan. Dalam hal ini,
guru harus mempunyai objektif yang jelas mengapa beliau memilih sumber berikut.
Kriteria kedua ialah kesesuaian yang dilihat dari segi masa, tempat dan
kesukaran pengendalian. Seterusnya ialah kemudahan memperoleh dimana sumber
yang digunakan perlu yang mudah diperoleh. Bagi sesetengah sekolah yang jauh di
pedalaman, berkemungkinan computer tidak mencukupi, maka guru perlu bijak memilih
sumber pembelajaran lain. Akhir sekali, saya dapat mengetahui cara menggunakan
sumber pembelajaran dimana berlaku perubahan penggunaan sumber pembelajaran.
Jika dahulu guru banyak menggunakan papan hitam serta buku teks. Namun, menjelang
abad ke-21, guru-guru perlu menggunakan bahan berasaskan teknologi seperti
internet, komputer dan smart board. Kesimpulannya, penggunaan sumber dalam
bidang pendidikan mampu meningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang
telah diajar kepada mereka. Guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran
yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam
membuat persediaan mengajar.
Rujukan
Mayasari Abdul Majid et,al. Pengaruh Perpustkaan Sekolah ke Atas dan Prestasi Pelajar di Malaysia, Jurnal Perpustakaan, Arkib dan Dokumentasi, Vol 12, No. 2, 2020.
https://rjfahuinib.org/index.php/shaut/article/download/308/305/1517
Segaran
Shanmugam, Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah di Sekolah-Sekolah
Menengah di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Universiti Putra Malaysia,
1999.
Ulasan
Catat Ulasan