BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH


Hasil pembelajaran dalam Bab 8 iaitu Strategi Mengurus Bilik Darjah ialah saya dapat mengetahui bagaimana seorang guru hendak merancang strategi dalam menguruskan bilik pembelajaran. Konsep bilik darjah Konsep bilik darjah berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Pada zaman sebelum kedatangan kerajaan British, tidak ada sebuah bilik darjah yang sesuai. Mereka menggunakan sebatang pohon besar, sebuah padang, pondok kecil, kawasan pekarangan rumah, untuk dijadikan sebuah kelas. Pada masa kini, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja pelajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluj pelajar dalam satu-satu kelas. Selain itu, terdapat jenis bilik darjah yang terbahagi kepada lima jenis iaitu Bilik Darjah Tradisi, Bilik Darjah KBSR dan KBSM, Bilik Darjah Terbuka, Bilik Darjah pra sekolah dan yang terakhir ialah Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas seperti makmal sains. Bagi penerangannya, Bilik darjah tradisi diwujudkan sebelum KBSR dan KBSM. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. Setiap baris murid duduk bersebelahan, maka susunan fizikal agak rigid. Susunan mengikut baris ini adalah bersesuaian dengan pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru iaitu penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak digalakkan. Selepas itu, bilik darjah KBSR dan KSBM mula diperkenalkan. Ia menekankan penyertaam murid-murid dalam proses PdP. Susunan kerusi dan meja mengikut kumpulan. Terdapat juga ruang bacaan dan papan kenyataan dalam bilik darjah tersebut. Bilik darjah yang ketiga ialah Bilik Darjah Terbuka dimana suasana bilik darjah secara seluruh kepada pada peringkat minimum. Seterusnya ialah bilik darjah prasekolah yang selesa, terjamin keselamatan dan merangkan minda kanak-kanak. Akhir sekali ialah Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas seperti bilik muzik dan makmal sains. Di samping itu, dari segi penyusunan bilik darjah dilihat amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Dalam bab ini juga menjelaskan mengenai Rutin Bilik Darjah yang merujuk kepada aktivtiti pengurusan harian bilik darjah. Tujuan rutin harian bilik darjah ialah meningkatkan semangat kekitaan murid dan keselamatan. Dalam hal ini, terdapat jenis-jenisnya pula. Antaranya ialah Rutin Kelas, Rutin Pentadbiran, Rutin Pergerakan Murid, Rutin Pengurusan Tugasan, Rutin Pembelajaran, Rutin Interaksi. Dalam interaksi pula terbahagi kepada interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi pelbagai hala dan interaksi kumpulan. Akhir sekali adalah berkaitan faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas. Antaranya ialah guru mengamalkan sikap kepimpinan demokratik, mengelolakan banyak akitiviti kumpulan, menggunakan teknik menyoal, mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dan mengunakan  bahan bantu mengajar yang sesuai. Kesimpulannya, bab ini sememangnya menjelaskan secara keseluruhan tentang pengurusan bilik darjah yang berkesan kepada guru-guru dalam menguruskan bilik darjah.

Rujukan

Noor Azman Hanif, Mazlina Che Mustafa dan Hamidah Yusof, Kajian Empat Dimensi Pengurusan Bilik Darjah ke Arah Pembentukan Model Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Vol 4, No. 2. (2020).

https://www.mjsshonline.com/index.php/journal/article/download/145/110

Velerie Primus dan Musirin Mosin, Strategi Pengurusan Evidens Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Inklusif Sekolah Rendah, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Vol 6, No. 9. (2021).

https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1026

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER