BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Berdasarkan hasil pembelajaran Bab 9 iaitu pengurusan tingkah laku
dan disiplin, saya telah mempelajari banyak pengetahuan mengenai pengurusan
tingkah laku disiplin. Disiplin ialah latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat
mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib, peraturan yang telah
ditetapkan. Menurut Moles (1989), dua objektif utama kewujudan disiplin di
sekolah adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf serta murid. Kedua
adalah untuk mewujudkan suasana kondusif dalam pembelajaran. Jadi, aspek
pengurusan dan pengawalan disiplin adalah aspek penting di sekolah. Di sekolah
pihak yang bertanggungjawab secara langsung dalam urusan disiplin adalah
pengetua atau guru besar serta guru-guru. Dalam pengurusan disiplin sekolah
juga terdapat sumber mandat. Mandat adalah arahan rasmi yang dikeluarkan oleh
pihak berkuasa yang membolehkan sesuatu tindakan diambil. Mandat yang
dimaksudkan ialah Ordinan Pelajaran 1952, Akta Pendidikan 1966, buku-buku panduan
pengurusan disiplin dan Surat Pekeliling Iktisas yang dikeluarkan oleh KPM.
Contoh ordinan berkaitan disiplin ialah peraturan-peraturan sekolah ( persatuan
) 1956. Terdapat juga buku-buku panduan disiplin sekolah-sekolah dan panduan
ibu bapa. Seterusnya adalah berkaitan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas. Surat ini
adalah satu sumber arahan utama dalam menyampaikan mandat bagi menjalankan
kuasa disiplin di sekolah. Ia akan dikeluarkan secara berkala untuk menangani
isu salah laku semasa. Misalnya Surat pekeliling ikhtisas Bil. 2/1976 iaitu
potongan rambut murid-murid. Terdapat jua penjelasan prosedur menjalankan kuasa
disiplin. Langkah pertama ialah menerima aduan. Kedua adalah mengumpul semua
bukti dan bersedia memanggil murid. Ketiga adalah sesi bela diri pelajar. Keempat
adalah membuat keputusan. Dalam bab ini juga menjelaskan mengenai jenis salah
laku dan hukuman. Terdapat tiga kategori iaitu kesalahan ringan menggunakan kod
R, kesalahan ringan menggunakan kod S dan kesalahan berat menggunakan kod B.
Contoh kesalahan ringan ialah mencemarkan kawasan sekolah, datang lewat dan
sebagainya. Contoh kesalahan sederhana pula adalah menconteng harta benda
sekolah dan menganggu guru semasa guru mengajar. Bagi kesalahan berat,
contohnya adalah menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah. Kesalahan-kesalahan akan dimasukkan kedalam pangkalan data
online Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) di sekolah masing-masing. Sistem ini
adalah bertujuan menjadikan pengurusan lebih sistematik, seragam dan membolehkan
KPM memantau salah laku dan mengambil tindakan bagi mengawalnya. Tambahan pula,
terdapat penjelasan tentang hukuman dimana sekiranya serius salah laku
tersebut, maka beratlah hukuman yang akan dikenakan. Dalam masa yang sama,
perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang melakukan salah laku disiplin
perlu diteliti sebelum diputuskan sebarang hukuman. Oleh sebab itu, setiap
hukuman yang dilakukan haruslah diteliti sebelum melaksanakan hukuman tersebut
terhadap murid. Kesimpulannya, dalam pengurusan tingkahlaku, ia memerlukan satu
organisasi yang teratur supaya dapat melicinkan sistem pengurusan disiplin
sebagaimana yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rujukan
James Ang Jit Eng, (2011). Pengurusan Disiplin Murid: Edisi
Kedua. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Muhammad Faizal A.Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghaviekr dan Husaina Banu Kenayatullah, Pengurusan Disiplin Murid di Sekolah Kawasan Bandar dan Luar Bandar: Perspektif Pemimpin Sekolah, Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil 1, No.1 (2014).
https://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282
Nasrul Hisyam Nor Muhamad dan Zarina A Rashid, Peraturan dan Undang-undnag Kawalan Disiplin Murid di Malaysia, Malaysian Online Journal of Education, Vol 1, No.1 (2017).
http://journal.kuis.edu.my/omje/wp-content/uploads/2017/04/01-11_Vol.1_No.1_2017-1.pdf
Ulasan
Catat Ulasan