BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan Bab 1 iaitu Sosiologi dan Pembelajaran, saya dapat mengetahui pelbagai input baharu mengenai tajuk tersebut. Misalnya, Sosiologi dikenali sebagai kajian tentang masyarakat manusia dan interaksi sosial (Tischler, 2011). Sosiologi pendidikan pula membawa maksud memberi tumpuan kepada faktor-faktor sosial yang menyebabkan dan disebabkan oleh pendidikan. Ini termasuk kajian faktor-faktor yang berkaitan dengan pendidikan seperti jantina, kelas sosial, bangsa, etnik dan kediaman luar bandar (Saha, 2015). Dalam sosiologi juga mempunyai perspektif tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial. Ia terbahagi kepada iaitu mikro dan makro. Mikro bersifat kecil dan individu, manakala makro bersifat besar berorganisasi dan kompleks. Selain itu, antara tokoh sosiologi yang terkenal ialah Ibn Khaldun yang menyatakan sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia. Terdapat beberapa teori sosiologi dalam menget...